Sunday, November 20, 2011

siapa aksya?? -cerpen-


“Sara! Listen to me! Kalau Sara nak pindah balik ke Kuala Lumpur, jadi anak yang baik. Jangan melawan cakap mama dan papa. Kalau tak, Sara tinggal di kampung ni sampai Sara habis sekolah nanti. Faham?” herdik papa sebaik sahaja melihat aku menghentak-hentakkan kaki ke lantai tanda protes dengan tindakan papa menghantar aku ke kampung. Alasannya, aku terlalu ‘liar’ semasa duduk Kuala Lumpur. Aku tak menganggap itu satu masalah yang besar. Maklumlah, aku masih remaja yang inginkan kebebasan. Keluar malam bersama kawan-kawan,perkara itu pun hendak diperbesar oleh papa.

“Imran, apa yang kau bisingkan ni? Kenapa kau marahkan si Sara tu. Dia muda lagi. Fahamilah jiwa remajanya sekarang.” Kedengaran suara nenek yang datang dari dapur untuk membelaku. Sememangnya nenek benar-benar sayangkan aku kerana aku lah satu-satunya cucu beliau.

“Mak, semasa dia muda ni lah saya patut didik dia. Kalau dah besar nanti, biar dia jadi manusia yang baik dan berguna.” Kata papa dengan nada suara yang agak rendah. Papa sangat menghormati orang-orang tua terutamanya nenek. Aku kadang-kadang berasa pelik juga kenapa perangaiku tidak seperti papa. Ah, mungkin masa mudanya juga seperti aku. Aku yang hanya terperap di dalam bilik sebaik saja tiba di rumah nenek mencuri-curi dengar perbualan antara papa, mama dan nenek.

“Tapi Imran, banyak lagi cara lain untuk kau didik dia. Bukan dengan menengking dan ugutan. Cara ni akan buatkan dia bertambah marah dengan kau. Bagaimana dia mahu menghormati kau jika perasaan marah kepada bapanya sendiri ini wujud.” Terang nenek. Aku benar-benar menyetujui kata-kata nenek.

“Tapi mak, Imran …..”

“Mak, kami hantar Sara ke sini supaya dia jadi budak yang lebih baik. Kat kuala lumpur tu terlalu ramai kawan-kawan yang tak baik mempengaruhi dia. Rina tahu Sara anak yang baik dan patuh, Cuma dia terpengaruh dan terikut-ikut dengan jiwa remajanya tu. Kami bimbangkan dia. Kami harap Sara tak akan menyusahkan mak sepanjang dia di sini.” Mama memotong kata-kata papa supaya papa tidak tercetus pertengkaran antara papa dengan maknya gara-gara anak tunggalnya itu.

“Ish, takkanlah cucu kesayangan aku tu menyusahkan aku pulak. Lagipun, dapat jugak dia temankan aku di kampung ni. Kalau dia duduk di Kuala Lumpur pun, dia duduk seorang diri. Kamu berdua sibuk bekerja. Tak ada masa nak memerhatikan dia tu. Kalau dia tinggal di sini sampai habis sekolah pun aku setuju.” Kata nenek panjang lebar menyalahkan anak dan menantunya. Aku sangat sokong dengan kata-kata nenek kecuali satu perkara. Tinggal di kampung sampai habis sekolah! Tidak!!!! Di fikiranku sudah terbayang-bayang wajah Sabrina, Natasha dan Julia, teman karibku di Kuala Lumpur. Tak dapatku gambarkan berpisah lama dengan mereka. Walau apapun, aku mesti cepat-cepat merencanakan strategi untuk ‘berubah’ atau lebih tepat lagi berlakon menjadi anak yang baik. Ya, aku mesti cepat supaya lebih cepat aku meninggalkan kampung ni. Tak sanggup aku tinggal di sini, apatah lagi bersekolah di sini. Pastinya budak-budak di kampung ni sungguh kolot pemikirannya.

*****************************************************************

“Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu!” ucap pelajar tingkatan 3 Arif kepada Cikgu Fazlina. Aku pula hanya tunggu di pintu. Tunggu masa untuk dipanggil masuk ke kelas baruku.

“Wa’alaikumussalam. Duduk. Hari ni ada seorang pelajar baru yang akan menyertai kelas kita. Mari masuk Sara. Perkenalkan sedikit tentang kamu.” Pelawa Cikgu fazlina. Aku melangkahkan kaki memasuki tempat yang begitu asing bagiku. Sungguh cantik dan ceria kelas itu. Nampaknya, kelas ini bukanlah seperti yang aku bayangkan –kotor dan tidak menarik.

“Nama saya Siti Sara Syahilla binti Imran. Kamu semua boleh panggil saya, Sarah. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Tu sahaja yang kamu perlu tahu tentang saya,” ucapku dengan nada yang agak berlagak. Aku tak mahu dipandang rendah oleh budak-budak kampung seperti mereka. Namun, ada seperkara yang menarik perhatianku. Seorang pelajar lelaki yang duduk di barisan paling belakang. Dia hanya memandang ke arah luar. Aneh, dia saja yang langsung tidak mempedulikan kehadiranku sejak dari tadi. Aku kemudiannya duduk di tempat yang telah disediakan. Pelajar-pelajar lain berbisikan sesama mereka. Aku tahu, pasti tentang aku. Aku mengabaikannya dan terus membuka buku teks sejarah  dan memandang ke arah cikgu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

********************************************

Sudah seminggu aku bersekolah di sini. Ternyata persepsi awalku meleset. Meskipun mereka tinggal di kampung, pemikiran mereka tidaklah sekolot yang aku bayangkan. Mereka juga mengikuti perkembangan terkini. Tak kiralah, hiburan, fesyen, malah tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di luar negara. Pengetahuan mereka sangat luas bahkan kalah pengetahuan aku dan rakan-rakanku di KL. Mungkin kemudahan internet dan media massa yang semakin canggih membantu mereka. Hanya ada beberapa orang saja yang sudi berkawan denganku. Yang lain? Mungkin mereka anggap aku seorang yang sombong. Mungkin salahku juga kerana bersikap sombong semasa mula-mula menjejakkan kaki ke sini. Ah! Biarkan mereka dengan tanggapan itu. Lagipun, aku bukannya lama di sini. Mungkin hanya sebulan dua. Aku yakin papa dan mama tak sanggup berjauhan lama-lama denganku. Lagipun, aku akan jadi anak yang baik secepat mungkin.

“Sara?” ada satu suara yang memanggil namaku. ‘huh. Ganggu saja aku tengah baca buku. Siapa la yang panggil ni. Suara seperti lelaki. Ah! Biarkan lah. Pasti ada yang nak mengusha aku ni.’ Desus hatiku. Aku berpura-pura tak mendengar.

“Siti Sara Syahilla?” suara itu kedengaran sekali lagi. Wah, ini sudah lebih. Siap sebut nama penuh lagi. Apa yang mamat ni nak agaknya. Aku yang agak bengang memalingkan wajah ke arah suara itu. Tinggi lampai orangnya. Boleh tahan kacak orangnya. Ala-ala Asyraf Muslim gitu. Kalau di KL pasti dia menjadi rebutan gadis-gadis di sekolah aku. Kejap! Macam pernah aku tengok muka dia ni. Eh, dia ni kan classmate aku. Budak ‘berlagak’ yang tak pedulikan aku masa aku masuk sekolah hari tu. Apa yang dia nak ni.

“Ada apa? Kalau nak cakap dengan aku, datang duk depan aku ni. Menyusahkan aku je nak pandang ke belakang. Huh!” rungutku.

“Jadi, awak benarkan saya untuk bercakap dengan awak la ni. Ok, fine.” Kata lelaki itu lalu duduk di kerusi bertentangan denganku. Aduh, yang aku cakap macam tu kenapa, kan dia dah duduk kat situ. Hmm..

“Kau nak apa ni? Dari tadi aku tanya, tak jawab pun.” Tanyaku dengan nada suara yang agak tinggi tanda aku marah dan terganggu dengan kehadirannya.

“Saya cuma nak kenal dengan awak. Tapi kalau tak boleh. Tak mengapalah. Saya faham.” Ucap mamat tu selamba. Aduh, apa aku nak jawab ni. Tersalah cakap kang melepas. Kalau cakap boleh kang, jatuh saham aku. Relaks Sara. Cover sikit. Ti dia tau.

“Em. Kenapa nak kenal dengan saya pulak? Bukan awak tak kisah dengan saya hari tu?” tanyaku. Eh, apasal aku cakap saya awak pulak ni? Ah, biarlah. Dia pun cakap saya awak jugak kann.

“Awak perhatikan saya?” tanya dia. Alamak! Kantoi sudah.

“Eh, mana ada. Tapi memang betul kan. Dari minggu lepas lagi awak tak tegur saya. Kira awak tak ambil tau pasal saya la kan?” cepat-cepat aku cover balik. Takut hatiku dapat diduga olehnya.

“Oh. Saya sebenarnya, terkejut tengok awak. Muka awak seiras dengan muka arwah adik saya. Sebab tu saya tak nak tengok awak lama-lama.” What? Arwah adik? Aduh. Makin serius pula ni.

“Arwah adik?”soalku yang berminat ingin tahu.

“Yup. Arwah adik saya. Dia meninggal dua tahun lepas. Accident.” Jelasnya.

“Oh. Maaf lah. Siapa nama adik awak tu?” tanyaku yang mula bersimpati dengannya.

“Nama dia Adlina. Nama saya Akasya. Tu pun kalau awak nak tau.” Dia seolah-olah mahu mengubah topik. Mungkin dia masih bersedih atas kehilangan adiknya. Aku hanya tersenyum mendengar dia memberitahu namanya. Macam tahu pula aku baru nak tanya nama dia.

“oh. Akasya. Ok.” Jawabku pendek.

“kringgggggg!!!!” loceng menandakan waktu rehat telah tamat. Aku dan Akasya masuk ke kelas bersama-sama sambil berbual. Entah kenapa, dia benar-benar menarik perhatianku. Bukan saja wajahnya yang putih bersih dan kacak, budi bahasanya juga lembut. Kalah aku. Dia tak seperti lelaki-lekaki lain yang suka bercakap kasar dan menggunakan bahasa-bahasa kesat. Mungkin kelainan dia ini membuatkan aku tertarik dengannya. Sedangkan, aku sebenarnya anti lelaki. Aku tak suka dengan lelaki yang mendekatiku. Bagiku, mereka semua buaya darat. Terlalu mudah untuk luahkan kata cinta. Kalau aku menolak cintanya, esok lusa pasti sudah ada pengganti.

Sejak perkenalan di library sekolah, aku dan Akasya semakin rapat. Kami selalu belajar bersama. Di mana lagi kalau bukan di library sekolah. Hanya di situ yang selamat. Yang anehnya, kawan-kawan perempuan makin menjauhiku. Mereka seolah-olah membenciku. Mungkin kerana aku selalu bersama dengan Akasya, jejaka paling kacak di sekolah itu. Biarkan saja mereka mencemburui perhubungan kami. Yang pasti, aku berasa selesa setiap kali bersama dengan Akasya. Jadi, tiada kawan lain tidak menjadi satu masalah.

*********************************

“Sara, mari makan. Nenek dah siap masak ni.” Jerit nenek dari dapur. Aku segera mengucap selamat tinggal kepada Sabrina yang sedang berchatting denganku. Aku sangat merindukannya. Begitu juga dengannya. Kami saling bertukar cerita tentang perkembangan kami. Sudah tentu Akasya juga menjadi topic utama perbualan antara kami.

“Nek masak apa hari ni?” soalku.

“Nenek masak lauk kegemaran kamu la. Ayam masak merah dengan kangkung goreng belacan.” Ujar nenek yang amat mengenali cucunya ni.

“Wah, ni yang tak sabar Sara nak makan ni.” Ucapku sambil memegang perut dan menjilat-jilat bibir nipisku.

Semasa kami sedang menjamu selera berdua, bunyi hon kereta kedengaran dari luar rumah. ‘Eh, itu macam bunyi hon kereta papa.’ bisik hatiku. Aku segera berlari anak ke pintu depan. Memang tepat sangkaanku. Kereta BMW 5 series berwarna putih telah diparkir di halaman rumah. Papa dan mama keluar dari kereta. Aku terus berlari mendapatkan papa dan mama. Ku bersalam, mencium dan memeluk papa dan mama. Sungguh! Aku memang sangat merindui mereka. Mereka yang seakan berasa janggal dengan perangaiku hanya tersenyum bahagia. Mestilah, ini bukan pertama kali aku ditinggalkan sebulan. Kadang-kala lebih lama lagi. Selalunya, mereka hanya menerima muka masamku tapi kali ini mereka menerima salam,peluk dan ciumku.

“Sara, bawa papa dan mama kamu masuk ke rumah. Pasti mereka letih tu. KL ke Segamat ni bukannya dekat. Lebih 3 jam tau.” Terdengar suara nenek di muka pintu. Begitulah nenek, rajin sungguh membebel. Tapi, itu yang membuatkan papa menjadi seorang anak yang berjaya dan mengenang jasa. Kami kemudiannya menjamu selera bersama-sama. Sungguh indah dan bahagia saat itu. Boleh dibilang berapa kali saja kami dapat menikmati moment indah sebegitu.

**********************************

“Mama dengar, Sara sudah berubah sekarang. Tu yang mama balik nak tengok perubahan anak kesayangan mama ni,” kata Puan Serina Suhaila ketika masuk menjengukku di kamar.

“Mama dengar dari mana ni? Boleh dipercayai ke sumber mama tu?” aku berseloroh. Pasti nenek yang memberitahu mama.

“Mestilah boleh dipercayai. Sudah disahkan lagi.” Ucap mama sambil membelai-belai rambut hitamku. Aku hanya tersenyum malu-malu. Aku sudah berubah? Entah, aku sendiri tidak sedar dengan perubahanku. Mungkin orang sekeliling yang memerhatikan aku perasan dengan perubahan aku. Ini semua berkat Akasya yang sering memberi nasihat kepadaku. Dia sememangnya baik. Bertuah aku dapat berkenalan dengan dia. Kadang-kadang aku aneh kenapa dia tidak bercakap dengan orang lain selain aku. Katanya, dia seorang yang pemalu. Dia bercakap denganku kerana aku seiras dengan adiknya. Mungkin aku mengingatkan dia kepada adiknya, tapi bagiku, dia sungguh sempurna dan istimewa. Dia telah mengubah aku. Kalau tidak bertemu walaupun sehari, pasti terbit rasa rindu di dada. Adakah aku telah jatuh cinta? Mungkin….

************************************

“Sara, bulan depan Sara boleh balik semula ke KL. Nampaknya, anak papa ni benar-benar da berubah. Jadi, papa akan datang balik bulan depan untuk menjemput kamu.” Kata papa sebelum berangkat pulang ke KL. ‘What? Balik KL? No way! Kalau begitu, aku mesti berpisah dengan Akasya. Tak, tak mungkin aku sanggup untuk berpisah dengannya. Dia lah satu-satunya lelaki yang berjaya membuat aku jatuh cinta. Tambahan pula, dia yang mengubah aku menjadi seperti sekarang. Kalau aku berpisah dengan dia, apa yang akan terjadi nanti? Aku harus mencari jalan untuk tetap tinggal di sini.’ Aku bermonolog dalam hati.

**********************************

“Sara, sudi tak… awak….. menjadi kekasih saya?” soal Akaysa dengan suara yang tersangkut-sangkut. Aku tercengang. Kalau ikutkan hati aku sudi untuk menerima dia, tapi, kalau aku terima, aku akan mengecewakan dia kerana aku akan kembali ke KL. Apa yang harus aku jawab ni?

“Akasya. Saya nak awak tau yang awak adalah satu-satunya lelaki yang saya suka. Tapi maaf, saya tak boleh terima awak. Saya nak tumpukan perhatian pada PMR. Maaf sekali lagi. Tapi saya harap, jawapan saya ni, takkan membuatkan kita menjadi renggang.” 
Jawabku sambil menundukkan kepala ke bawah memandang rumput yang hijau dan segar. Suasana di pinggir sungai itu amat indah dan cantik. Bunyi burung berkicauan pula meriuhkan suasana sunyi. Tidak ada sebarang suara pun yang keluar dari mulut akasya. Tak sanggup pula aku menatap wajah kekecewaan Akasya.

“Baiklah. Saya faham. Tapi, saya juga nak awak tahu yang saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Saya tetap akan tunggu awak.” Jawapan Akasya mebuatkan debaran di hatiku kembali tenang. Dia sanggup menunggu aku. Wah. Aku bagaikan berada dalam filem romantik pula. Ternyata, kami mempunyai perasaan yang sama, tetapi tiada sebarang ikatan kecuali persahabatan.

*****************************************

Sudah seminggu aku tidak melihat kelibat Akasya di sekolah mahupun di tempat kami selalu melepak. Kali terakhir kami bertemu semasa aku menolak cintanya. Rasa rindu, risau, bimbang berkecamuk dalam hatiku. Ke mana Akasya? Ke mana aku harus mencari dia? Rumah dia? Aku tak pernah tahu dia tinggal di mana. Runsing kepala aku memikirkannya. Dia sakitkah? Merajukkah? Dia kata dia faham tapi kehilangan dia ni pula yang membuatkan aku tidak faham. Ya, pasti classmate aku tau di mana dia tinggal.

“Alissa, boleh saya tanya sesuatu?” soalku lembut.

“Kau nak tanya apa?” jawabnya dengan nada suara yang agak tinggi.

“Kamu tahu tak Akasya tinggal kat mana?” soalku lagi. Soalanku tidak dijawab. Yang ada hanya hilai tawa dari mereka. Aku bingung.

“Oh. Jadi Akasya lah.” Jawab alissa. Kawan-kawan yang lain hanya bergelak ketawa. Aku tak pasti kenapa mereka berkelakuan seperti itu. Jawapan yang diberi Alissa pula hanya menambah persoalan di fikiranku. Apa maksud dia?

“Hei perempuan gila! Patutlah kau pindah ke sini. Sebab ada masalah mental rupanya. Dah la bercakap sorang-sorang, sekarang ‘kawan’ kau tu dah ada nama pulak? Siap nak tanya aku lagi kat mana rumah ‘kawan’ kau tu. Mana lah aku tahu, tanya la diri kau tu.” Jawab Alissa dengan nada menyindir. Perempuan gila? Cakap sorang-sorang? Apa ni? Aku makin tak mengerti situasi sekarang.

“Yelah Lissa. Kesian dia. Agaknya ‘kawan’ dia pun dah sedar yang dia berkawan dengan orang gila kot!”kata Shima menyokong Alissa. Kedengaran lagi gelak tawa yang kuat dari mereka. Aku terpinga-pinga sendirian. Tiba-tiba, ada satu suara yang membelaku.

“Sudah la tu Alissa, Shima! Tak baik kau buat Sara macam ni. Macam lah korang tu bagus sangat.” Herdik Fitri kepada mereka lantas menarik tanganku keluar dari kelas. Aku yang masih kebingungan hanya mengekori langkah Fitri. Sampai di anak tangga. Dia berhenti. Mungkin di situ tempat yang selamat. Kurang pelajar yang menggunakan tangga itu.

“Sara, saya dengar tadi, awak cakap pasal Akasya.” Soal Fitri.

“Ya. Akasya bin Adli. Awak kenal dia kan?” soalku kembali.

“Mana awak kenal Akasya?” dia bertanya sambil mengerutkan dahi.

“Di sekolah ni lah. Dia kan classmate kita.”jawabku tanpa ragu. 


Dia terdiam seketika. Aku memandangnya dengan harapan ada sesuatu yang akan dijelaskan oleh Fitri.

“Sara, saya jujur dengan awak ni. Saya harap awak tak terkejut dengar jawapan saya ni.” Ucap Fitri. Kata-katanya itu membuatkan hatiku berdebar-debar. Apa sebenarnya yang dia maksudkan?

“Sara, sebenarnya, Akasya ….Akasya….” suara Fitri tersangkut-sangkut bagaikan ada sesuatu di kerongkongnya.

“Akasya apa?” soalku yang tidak sabar.

“Akasya dah meninggal. Dia meninggal dua tahun lepas. Minggu lepas genap dua tahun dia pergi. Dia dan adiknya kemalangan semasa ingin pergi ke sekolah.” Lancer saja cerita ini keluar dari mulut Fitri. Jawapan yang diberikan benar-benar mengejutkanku. Jika dia dah meninggal, siapa akasya yang sering berbual dan menasihati aku? Siapa Akasya yang membuat aku jatuh cinta? Siapa? Aku terduduk di anak tangga. Lemah longlai semua sendi-sendiku. Aku tak percaya. Tak mungkin Akasya tiada. Tak mungkin!

“Awak tipu. Tipu! Akasya wujud. Dia belum meninggal! Dia ada dengan saya. Dia bercakap dengan saya! Dia menasihati saya! Dia mengajar saya! Tak mungkin dia dah pergi!” jeritku. Aku tak dapat menerima kenyataan ini.

“Akasya dah pergi Sara. Dia dah tak ada. Dia sepupu saya. Saya tahu dia tiada. Saya tak pasti macam mana awak boleh kenal dia, tapi terima lah hakikat ini, Akasya bin Adli hanya bayangan awak! Dia tak wujud di dunia nyata!” kata-kata Fitri bagaikan menyedarkanku dari mimpi. Jadi, inilah punca kawan-kawan menjauhiku. Mereka menganggap aku gila. Dalam fikiranku tergambar saat-saat aku bersama Akasya. Fitri hanya terdiam memerhatikanku. Mungkin dia bersimpati dengan nasibku. Mengenali seseorang yang tidak wujud lagi.

*******************************************

“Sara, aku nak minta maaf cakap macam-macam pada kau. Aku tahu aku salah.” Ucap Alissa yang menyesali perbuatannya.

“Aku juga Sara.” Shima pula bersuara. Aku hanya tersenyum.

“Tak mengapa. Aku tak kisah. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku. Nanti, jangan lupa hubungi aku ya. Kalau korang nak ke KL, jangan lupa beritahu aku. Dapat kita berjumpa lagi.” Ucapku mesra. Rakan-rakan sekelasku mengucapkan kata-kata perpisahan. Esok papa dan mama akan datang menjemputku. Aku akan pulang ke KL memandangkan tiada yang istimewa lagi di sini.

“Sara tunggu.” Laung Fitri saat melihatku melangkah pergi. Aku berpaling sebelum menuruni anak tangga.

“Ada apa?” soalku.

“Ini, saya harap, ini dapat membantu mengubati rindu awak.”ucap Fitri sambil menghulurkan sekeping foto. Akaysa. Ya, foto dia. Memang benar Akasya ini yang aku jumpa suatu ketika dahulu.

“Terima kasih ya Fitri.” Ucapku ringkas dan memberikan senyuman kepadanya.

“Jaga diri ya Sara.” Ucap Fitri.

“Baiklah. Kamu juga.” Ucapku lantas menuruni tangga.

************************************************

Dua tahun telah berlalu. Tahun ini, aku akan menduduki peperiksaan SPM. Pastinya aku akan berusaha bersungguh-sungguh. Aku tak mahu mengecewakan papa dan mama. Gambar Akasya masih lagi berada di sisiku. Kenangan antara aku dan dia juga masih lagi segar di ingatan. Bagai baru semalam aku berkenalan dengannya. Dialah sumber inspirasiku, biarpun aku hanya mengenalinya seketika saja, namun dia membuat perubahan besar dalam diriku. Aku hanya membenarkan Sabrina melihat foto Akasya kerana hanya dia yang tahu tentang lelaki ini.

Hari ni hari Selasa. Pembelajaran dimulakan dengan mata pelajaran kegemaranku iaitu fizik. Cikgu Nisa lewat sedikit hari ini. Selalunya, dia sangat menepati masa. Tapi entah kenapa dia lewat hari ni. Aku, Sabrina, Natasha dan Julia berborak-borak kosong sebelum Cikgu Nisa masuk.

“Semua bangun! Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu.” Arah Fadli, ketua kelas kami.

“Wa’alaikumussalam. Baik, duduk. Hari ni ada seorang pelajar yang baru berpindah ke sini. Akasya, mari masuk dan perkenalkan diri kamu.” Pelawa Cikgu Nisa. Kata-kata cikgu nisa membuatkan hati aku berdebar-debar. Mataku tertumpu kepada seorang pelajar lelaki yang melangkah masuk ke dalam kelas. Rupa parasnya, tubuh badannya dan suaranya meyakinkanku bahawa sememangnya pernah kutemui manusia ini.

“Nama saya Muhammad Daniel Akasya bin Firdaus. Panggil saya Akasya.” Kata pelajar tersebut lalu memberikan senyuman manis. Senyuman itu yang sangat kurindui. ‘Akasya!’ detik hatiku. Aku dan Sabrina saling berpandangan. Tiada kata yang boleh diungkapkan. Adakah dia Akasyaku?

Friday, June 10, 2011

ady jumpa cinta baru??

assalamualaikum..

apa khabar semua??harap2 sihat belaka...haish, lama btul x update blog kan..almaklum lah, sibuk sgt(actually mls)..

seperti yg semua tau(mungkin jgak ada yg x tau), aku skrg kat kolej matrikulasi melaka..buat apa? study r..xkn la melancong plak an..

tajuk ari ni, ady jumpa cinta baru.. jeng,jeng,jeng..
did u really ady??-tiru ayt org..haha..-

yela, cinta baru..bila da jumpa yg baru, cinta yg lama tu sudah semakin dilupakn..alhamdulillah..at last kan...klu x, semua org naik muak dgr kisah hati(lgu alyah..haha) aku yg x brapa indah tu kan..
bila ada kat sini, aku jumpa ramai kwn and most of them sebaya dgn aku..so, secara tak langsung, kwn sebaya aku mkin brtambah, xde la hanya dia kwsn segamat or kwn 'maya' je kan..
ckp psl cinta baru ni, mesti korg nk tau kan??tp klu xnk tau pun x pe..aku tetap nk bgtau gak! hahaha..

bila sampai sini, aku msih blum brapa kenal dgn dia..maklumlah, baru jumpa..sblm ni prnah nmpak je..then prnah la jgak dgr org lain ckp ttg dia..org ckp, klu mula2 kenal tu, mmg bosan, tp bila da lama ti, mesti timbul rasa syg..masa bru2 kenal tu, haish, rasa tak selesa sgt2..rasa rimas pun ada jugak..tp proses pengenalan semakin lama semakin baik..semakin lama, aku semakin berasa selesa dengannya..bila aku seorg diri, aku dah tak ingt lg ttg cinta yg dulu sbaliknya memikirkan dia..dan sekarang, aku rasa aku sudah jatuh cinta padanya!

siapa dia???


































KOLEJ MATRIKULASI MELAKA laaaa.. 
hahaha..yeah, now, aku da jatuh cinta dgnnya..

-trima kasih sbb sudi membaca- ;)

Friday, May 6, 2011

aku perampas?? nonsense!

assalamualaikum..
haish..ni yg buat aku rasa tension ni..
aku brfikir,brfikir dan brfikir..knp makin lama, makin ramai plak membenci aku..mmg org ckp, 
-pi lantak r dia nk benci ke apa..
-ala, bukan ko luak pun klu org benci
-org nk benci, benci la..da tu ko nk buat apa klu diaorg benci?

haish, cuba tanye pada diri sendri, apa prasaan anda klu dibenci oleh org ramai??rimas kannn..rasa cam ko lah org pling jaat sampai ramai benci kat ko..so do i! 
setelah difikir2-tolak tepi kes org anggap aku sombong-, aku dpt la jgak jwpn wlupun kurang tepat kot..aku hanya mengandaikan je sbb ni lah yg selalu berlaku kpd aku..

org ckp aku PERAMPAS! aish..gelaran ni la yg pling aku x brkenan..tp gelaran tu jgak la yg melekat pada aku nih..x paham aku..
dr dulu sampai la skrg, org still anggap aku camtu..asal korg anggap aku camtu ea? salah ke klu aku brkwn dgn bf korg.. KAWAN BUKAN KAWIN! korg ni suka wat konklusi awl kan..then suka2 je nk cop aku ni perampas la ape la..da tu, klu korg simpan je xpe, ni bleh plak heboh2 klu bleh nk 1Malaysia tau..sampai aku gi mana2 org pandang aku len mcm kan..aku nk cdgkn r, apa kata, korang simpan je bf korang tu dlm almari ke kotak ke atau apa2 yg patut so xde la dia brhubung dgn kwn pempuan lain..aku paham la korg jeles tp masalahnye nk jeles tu brpada2 r..aku kawan je kot..xde niat pun nk jdkn bf korg tu jd bf aku..aku sedar aku sape..lgpun, klu aku nk bf, da brzaman da aku cari n xdenye aku cari bf org len tuk dijadikan bf aku..

korg x payah la nk jeles2 dgn aku sbb aku bknnye cun sgt pun-comel tu adela..haha-..jgn salah anggap aku brkwn dgn bf korg sbb aku suka kat bf korang..aku just nk brkawan ok..KAWAN.. so, xperlulah korg brmasam muka dengan bf korang mahupun diri aku sendiri kerana 1 salah faham yg tak pernah selesai ni k..pape hal pun, aku minta maaf la klu korg menghadapi masalah klu aku brkwan dgn bf korg..ckp depan2 dgn aku yg korg x suke aku kwn dgn bf ko, xyah la nk menyebar kepada media2 yg tak brtauliah bahawa sy ni suka brkwn dgn bf org..please la ye..

aku doakan korang brbahagia dgn org yg trsyg k..

Saturday, April 23, 2011

tiada lagi cinta?

lama sudah aku tak update blog ni kan? bukan memencil diri cume aku update ke x ke, bukan ada org bace pun..hehe..
ok la, hidupku seperti biasa, tiada yg luar biasa. cuma perasaanku, sudah mkin brubah dan membaik..
dia? sudah pun mnjadi sejarah-nanti 10 thun akan dtg, msuk la dlm buku teks sj utk form 3..hehe-
aku? masih di sini. bukan sejarah, bukan masa depan..aku adalah aku.
kamu? aku yakin, kamu mesti x faham apa yg aku nk sampaikan-sbb aku pun x fhm-

tiada kisah cinta buat mase sekarang..biar lah org nak kata apa pun, yg penting, aku ttp xmahu brcinta!posmen yg slalu antar surat kat umah aku pun ckp :-adk blaja btul2.buktikan kat mak ayh yg adk boleh brjaya!xyah cari lelaki.buang masa je-

sy sokong pakcik!!!

nasihat aku kpd 'kekasih lama', trima kasih la ye..aku ada lagu utk ko..x nyayi pnuh la, amik ckit je..nyanyi penuh kang, banjir segamat ni..

kau ajarkan  bahagia,
kau ajarkan aku derita,
kau tunjukkan aku bahagia,
kau tunjukkan, derita,
kau berikan aku bahagia,
kau berikan aku derita....
 -klu lirik slah sorry la ye..da lame xdgr lgu ni-

so , drpd lgu ni, kita dpt simpulkn bahawa, dia brjasa la jugak dlm hidup aku..
dia ajr aku,tunjukkn aku dan berikan aku bahagia dan derita..thank you so much k.. ;)

itu sajalah setakat ni,
lain kali update lg,
komenlah blog ni klu sudi,
kalau tak pun aku mengerti..

assalamualaikum...

Friday, April 15, 2011

pencuri? mencuri? dicuri?

hidup ni bagaikan roda, berpusing dan trus berpusing sampai brek ditekan, maka trhentilah pusingan roda trsebut..tp klu brek rosak, roda tu pusing la lgi sampai ada mekanik btulkn brek tuh..eh, apa yg aku mengarut nih..

sbnrnye, aku cuma nk ckp, Tuhan itu maha ADIL..setiap apa yg dilakukan, mesti ada balasannye..dan senang ari ni tak beerti senang slamanya, susah ari ni pun x brmakna susah slamanye..mcam laut la, ada pasang surutnye..bila pasang dan surutnye, sudahpun ditentukan..

normal la klu org nk mencari seseorg yg lebih baik utk dijdikan teman..tp, klau bleh, jgnlah ambil hak org lain utk dijadikn teman..mmg la pd dasarnye, diaorg xde ape2 ikatan sah, tp dah tau yg org tu milik org, kenapala prlu diusik..tp, aku yakin dan pasti, prbuatan itu akn dibalas..bkn drpd mangsa tp drpd Allah s.w.t. kerana dia tu maha adil..

eh, jgn salah paham..apa yg aku critakn ni, xde kaitan pun dgn aku..cuma brsimpati trhadap mangsa2 'kecurian' tu..sabarlah ye..mungkin 'barang' yang hilang tu mmg patut hilang sbb x brkualiti langsung..sbb tu dia mudah utk 'dicuri'..

apa yg aku critekan ni mcm xde kaitan dgn intro aku kan??
xpe la..yg crite brkaitn intro tu aku simpan, biar aku n dia je yg tau..yg len, jgn sebuk2 nk tau k.. ;)

Monday, April 11, 2011

masih lg tentang DIA...

aku pun tak faham knp dia masih ada lg dlm hidup aku wlupun hati aku amat membenci dia..bukanlah dia trlibat secara langsung dlm idup aku..tp org disekeliling yg masih lg mengaitkan aku dgn dia..
klau org kenal dia, mesti kenal aku, org yg kenal aku, mesti knal dia..
menyampah plak rasanya bila org asik ckp
-'awk mesti knl sgt dgn ...... kan'
-'skrg ...... kat mana? buat apa?'
-'xkn awk xtau psl dia kot'
-'awk dgn dia lg ke?'
-'dia apa kabar?'

nk je aku jwb, aku x kenal dia la!
wlupun aku mmg kenal dia tp aku bkn ada apa2 pun dgn dia..dia bkn bf/best-frenz/frenz/enemy atau apa2 pun..
arghhh!! tension aku..
ada org ckp, 'ko x yah pkir la psl dia.' n 'x pnting pun kau tau', tp masalahnye, aku yg kena..
ntah mana crita aku dgn dia ni timbul aku pun x tau..tiba2 je ramai gila yg brgossip psl kitaorg, klu dlm kalangn dak2 kelas/skola aku je xpe, ni sampai dak skola len pun leh gossip prkara yg sama..aku plik mcmmn crita ni leh timbul sdgkn waktu kitaorg skola dulu, kitaorg x rpat pun, ckp jrg skali, jln brdua lg x prnah..
utk pengetahuan umum, aku x ada apa2 dgn dia, jgnlah nk brgossip psl diaorg lg..korg x kesian ke kat gf dia bila korg sbut dia dgn aku sdgkn dia sndiri da ada gf, n yg pasti aku bkn gf dia.
sudah2 lah tu brgossip..

kpd DIA-tolong la umumkan gf ko kpd umum supaya org brhenti ckp ko ada apa2 dgn aku..n ko tahu pd hakikatnya, aku dgn ko x ada apa2 hubungan pun..

Tuesday, March 15, 2011

akhirnya!

alhamdulillah..
kelibat A xde lg..
ada la tp skali je..tu pun dlm mimpi..
no more A!!!!
aku xkesah langsung pasal dia, x marah dgn org yg sbut pasal dia, aku x mengamuk bila dengar nama dia, aku xamik tau apa yg dia buat..n aku x amik tau yg dia tu hidup lg ke x. yes..at last..
tp ini x brmakna aku ada pengganti..hanya aku yg merasakn dia sudah pergi..
aku nak nikmati kesendirian ni sepuas-puasnya sblm ada yg mengisi ruang kosong yg ada..

p/s: nervous! SPM result just around the corner.. wish me luck!