“Sara! Listen to me! Kalau Sara nak pindah balik ke Kuala
Lumpur, jadi anak yang baik. Jangan melawan cakap mama dan papa. Kalau tak,
Sara tinggal di kampung ni sampai Sara habis sekolah nanti. Faham?” herdik papa
sebaik sahaja melihat aku menghentak-hentakkan kaki ke lantai tanda protes
dengan tindakan papa menghantar aku ke kampung. Alasannya, aku terlalu ‘liar’
semasa duduk Kuala Lumpur. Aku tak menganggap itu satu masalah yang besar.
Maklumlah, aku masih remaja yang inginkan kebebasan. Keluar malam bersama
kawan-kawan,perkara itu pun hendak diperbesar oleh papa.
“Imran, apa yang kau bisingkan ni? Kenapa kau marahkan si
Sara tu. Dia muda lagi. Fahamilah jiwa remajanya sekarang.” Kedengaran suara
nenek yang datang dari dapur untuk membelaku. Sememangnya nenek benar-benar
sayangkan aku kerana aku lah satu-satunya cucu beliau.
“Mak, semasa dia muda ni lah saya patut didik dia. Kalau dah
besar nanti, biar dia jadi manusia yang baik dan berguna.” Kata papa dengan
nada suara yang agak rendah. Papa sangat menghormati orang-orang tua
terutamanya nenek. Aku kadang-kadang berasa pelik juga kenapa perangaiku tidak
seperti papa. Ah, mungkin masa mudanya juga seperti aku. Aku yang hanya
terperap di dalam bilik sebaik saja tiba di rumah nenek mencuri-curi dengar
perbualan antara papa, mama dan nenek.
“Tapi Imran, banyak lagi cara lain untuk kau didik dia.
Bukan dengan menengking dan ugutan. Cara ni akan buatkan dia bertambah marah
dengan kau. Bagaimana dia mahu menghormati kau jika perasaan marah kepada
bapanya sendiri ini wujud.” Terang nenek. Aku benar-benar menyetujui kata-kata
nenek.
“Tapi mak, Imran …..”
“Mak, kami hantar Sara ke sini supaya dia jadi budak yang
lebih baik. Kat kuala lumpur tu terlalu ramai kawan-kawan yang tak baik
mempengaruhi dia. Rina tahu Sara anak yang baik dan patuh, Cuma dia terpengaruh
dan terikut-ikut dengan jiwa remajanya tu. Kami bimbangkan dia. Kami harap Sara
tak akan menyusahkan mak sepanjang dia di sini.” Mama memotong kata-kata papa
supaya papa tidak tercetus pertengkaran antara papa dengan maknya gara-gara
anak tunggalnya itu.
“Ish, takkanlah cucu kesayangan aku tu menyusahkan aku
pulak. Lagipun, dapat jugak dia temankan aku di kampung ni. Kalau dia duduk di
Kuala Lumpur pun, dia duduk seorang diri. Kamu berdua sibuk bekerja. Tak ada
masa nak memerhatikan dia tu. Kalau dia tinggal di sini sampai habis sekolah
pun aku setuju.” Kata nenek panjang lebar menyalahkan anak dan menantunya. Aku
sangat sokong dengan kata-kata nenek kecuali satu perkara. Tinggal di kampung
sampai habis sekolah! Tidak!!!! Di fikiranku sudah terbayang-bayang wajah
Sabrina, Natasha dan Julia, teman karibku di Kuala Lumpur. Tak dapatku
gambarkan berpisah lama dengan mereka. Walau apapun, aku mesti cepat-cepat
merencanakan strategi untuk ‘berubah’ atau lebih tepat lagi berlakon menjadi
anak yang baik. Ya, aku mesti cepat supaya lebih cepat aku meninggalkan kampung
ni. Tak sanggup aku tinggal di sini, apatah lagi bersekolah di sini. Pastinya
budak-budak di kampung ni sungguh kolot pemikirannya.
*****************************************************************
“Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu!” ucap pelajar
tingkatan 3 Arif kepada Cikgu Fazlina. Aku pula hanya tunggu di pintu. Tunggu
masa untuk dipanggil masuk ke kelas baruku.
“Wa’alaikumussalam. Duduk. Hari ni ada seorang pelajar baru
yang akan menyertai kelas kita. Mari masuk Sara. Perkenalkan sedikit tentang
kamu.” Pelawa Cikgu fazlina. Aku melangkahkan kaki memasuki tempat yang begitu
asing bagiku. Sungguh cantik dan ceria kelas itu. Nampaknya, kelas ini bukanlah
seperti yang aku bayangkan –kotor dan tidak menarik.
“Nama saya Siti Sara Syahilla binti Imran. Kamu semua boleh
panggil saya, Sarah. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Tu sahaja yang kamu perlu
tahu tentang saya,” ucapku dengan nada yang agak berlagak. Aku tak mahu
dipandang rendah oleh budak-budak kampung seperti mereka. Namun, ada seperkara
yang menarik perhatianku. Seorang pelajar lelaki yang duduk di barisan paling
belakang. Dia hanya memandang ke arah luar. Aneh, dia saja yang langsung tidak
mempedulikan kehadiranku sejak dari tadi. Aku kemudiannya duduk di tempat yang
telah disediakan. Pelajar-pelajar lain berbisikan sesama mereka. Aku tahu, pasti
tentang aku. Aku mengabaikannya dan terus membuka buku teks sejarah dan memandang ke arah cikgu seolah-olah tidak
ada apa-apa yang berlaku.
********************************************
Sudah seminggu aku bersekolah di sini. Ternyata persepsi
awalku meleset. Meskipun mereka tinggal di kampung, pemikiran mereka tidaklah
sekolot yang aku bayangkan. Mereka juga mengikuti perkembangan terkini. Tak
kiralah, hiburan, fesyen, malah tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di
luar negara. Pengetahuan mereka sangat luas bahkan kalah pengetahuan aku dan
rakan-rakanku di KL. Mungkin kemudahan internet dan media massa yang semakin
canggih membantu mereka. Hanya ada beberapa orang saja yang sudi berkawan
denganku. Yang lain? Mungkin mereka anggap aku seorang yang sombong. Mungkin
salahku juga kerana bersikap sombong semasa mula-mula menjejakkan kaki ke sini.
Ah! Biarkan mereka dengan tanggapan itu. Lagipun, aku bukannya lama di sini.
Mungkin hanya sebulan dua. Aku yakin papa dan mama tak sanggup berjauhan
lama-lama denganku. Lagipun, aku akan jadi anak yang baik secepat mungkin.
“Sara?” ada satu suara yang memanggil namaku. ‘huh. Ganggu
saja aku tengah baca buku. Siapa la yang panggil ni. Suara seperti lelaki. Ah!
Biarkan lah. Pasti ada yang nak mengusha aku ni.’ Desus hatiku. Aku
berpura-pura tak mendengar.
“Siti Sara Syahilla?” suara itu kedengaran sekali lagi. Wah,
ini sudah lebih. Siap sebut nama penuh lagi. Apa yang mamat ni nak agaknya. Aku
yang agak bengang memalingkan wajah ke arah suara itu. Tinggi lampai orangnya.
Boleh tahan kacak orangnya. Ala-ala Asyraf Muslim gitu. Kalau di KL pasti dia
menjadi rebutan gadis-gadis di sekolah aku. Kejap! Macam pernah aku tengok muka
dia ni. Eh, dia ni kan classmate aku. Budak ‘berlagak’ yang tak pedulikan aku
masa aku masuk sekolah hari tu. Apa yang dia nak ni.
“Ada apa? Kalau nak cakap dengan aku, datang duk depan aku
ni. Menyusahkan aku je nak pandang ke belakang. Huh!” rungutku.
“Jadi, awak benarkan saya untuk bercakap dengan awak la ni.
Ok, fine.” Kata lelaki itu lalu duduk di kerusi bertentangan denganku. Aduh,
yang aku cakap macam tu kenapa, kan dia dah duduk kat situ. Hmm..
“Kau nak apa ni? Dari tadi aku tanya, tak jawab pun.”
Tanyaku dengan nada suara yang agak tinggi tanda aku marah dan terganggu dengan
kehadirannya.
“Saya cuma nak kenal dengan awak. Tapi kalau tak boleh. Tak
mengapalah. Saya faham.” Ucap mamat tu selamba. Aduh, apa aku nak jawab ni.
Tersalah cakap kang melepas. Kalau cakap boleh kang, jatuh saham aku. Relaks Sara.
Cover sikit. Ti dia tau.
“Em. Kenapa nak kenal dengan saya pulak? Bukan awak tak
kisah dengan saya hari tu?” tanyaku. Eh, apasal aku cakap saya awak pulak ni?
Ah, biarlah. Dia pun cakap saya awak jugak kann.
“Awak perhatikan saya?” tanya dia. Alamak! Kantoi sudah.
“Eh, mana ada. Tapi memang betul kan. Dari minggu lepas lagi
awak tak tegur saya. Kira awak tak ambil tau pasal saya la kan?” cepat-cepat
aku cover balik. Takut hatiku dapat diduga olehnya.
“Oh. Saya sebenarnya, terkejut tengok awak. Muka awak seiras
dengan muka arwah adik saya. Sebab tu saya tak nak tengok awak lama-lama.”
What? Arwah adik? Aduh. Makin serius pula ni.
“Arwah adik?”soalku yang berminat ingin tahu.
“Yup. Arwah adik saya. Dia meninggal dua tahun lepas.
Accident.” Jelasnya.
“Oh. Maaf lah. Siapa nama adik awak tu?” tanyaku yang mula
bersimpati dengannya.
“Nama dia Adlina. Nama saya Akasya. Tu pun kalau awak nak
tau.” Dia seolah-olah mahu mengubah topik. Mungkin dia masih bersedih atas
kehilangan adiknya. Aku hanya tersenyum mendengar dia memberitahu namanya.
Macam tahu pula aku baru nak tanya nama dia.
“oh. Akasya. Ok.” Jawabku pendek.
“kringgggggg!!!!” loceng menandakan waktu rehat telah tamat.
Aku dan Akasya masuk ke kelas bersama-sama sambil berbual. Entah kenapa, dia
benar-benar menarik perhatianku. Bukan saja wajahnya yang putih bersih dan
kacak, budi bahasanya juga lembut. Kalah aku. Dia tak seperti lelaki-lekaki
lain yang suka bercakap kasar dan menggunakan bahasa-bahasa kesat. Mungkin
kelainan dia ini membuatkan aku tertarik dengannya. Sedangkan, aku sebenarnya
anti lelaki. Aku tak suka dengan lelaki yang mendekatiku. Bagiku, mereka semua
buaya darat. Terlalu mudah untuk luahkan kata cinta. Kalau aku menolak
cintanya, esok lusa pasti sudah ada pengganti.
Sejak perkenalan di library
sekolah, aku dan Akasya semakin rapat. Kami selalu belajar bersama. Di mana
lagi kalau bukan di library sekolah. Hanya di situ yang selamat. Yang anehnya,
kawan-kawan perempuan makin menjauhiku. Mereka seolah-olah membenciku. Mungkin
kerana aku selalu bersama dengan Akasya, jejaka paling kacak di sekolah itu.
Biarkan saja mereka mencemburui perhubungan kami. Yang pasti, aku berasa selesa
setiap kali bersama dengan Akasya. Jadi, tiada kawan lain tidak menjadi satu
masalah.
*********************************
“Sara, mari makan. Nenek dah siap masak ni.” Jerit nenek
dari dapur. Aku segera mengucap selamat tinggal kepada Sabrina yang sedang
berchatting denganku. Aku sangat merindukannya. Begitu juga dengannya. Kami
saling bertukar cerita tentang perkembangan kami. Sudah tentu Akasya juga
menjadi topic utama perbualan antara kami.
“Nek masak apa hari ni?” soalku.
“Nenek masak lauk kegemaran kamu la. Ayam masak merah dengan
kangkung goreng belacan.” Ujar nenek yang amat mengenali cucunya ni.
“Wah, ni yang tak sabar Sara nak makan ni.” Ucapku sambil
memegang perut dan menjilat-jilat bibir nipisku.
Semasa kami sedang menjamu selera berdua,
bunyi hon kereta kedengaran dari luar rumah. ‘Eh, itu macam bunyi hon kereta papa.’
bisik hatiku. Aku segera berlari anak ke pintu depan. Memang tepat sangkaanku.
Kereta BMW 5 series berwarna putih telah diparkir di halaman rumah. Papa dan
mama keluar dari kereta. Aku terus berlari mendapatkan papa dan mama. Ku
bersalam, mencium dan memeluk papa dan mama. Sungguh! Aku memang sangat
merindui mereka. Mereka yang seakan berasa janggal dengan perangaiku hanya
tersenyum bahagia. Mestilah, ini bukan pertama kali aku ditinggalkan sebulan.
Kadang-kala lebih lama lagi. Selalunya, mereka hanya menerima muka masamku tapi
kali ini mereka menerima salam,peluk dan ciumku.
“Sara, bawa papa dan mama kamu masuk ke rumah. Pasti mereka
letih tu. KL ke Segamat ni bukannya dekat. Lebih 3 jam tau.” Terdengar suara
nenek di muka pintu. Begitulah nenek, rajin sungguh membebel. Tapi, itu yang
membuatkan papa menjadi seorang anak yang berjaya dan mengenang jasa. Kami
kemudiannya menjamu selera bersama-sama. Sungguh indah dan bahagia saat itu.
Boleh dibilang berapa kali saja kami dapat menikmati moment indah sebegitu.
**********************************
“Mama dengar, Sara sudah berubah sekarang. Tu yang mama
balik nak tengok perubahan anak kesayangan mama ni,” kata Puan Serina Suhaila
ketika masuk menjengukku di kamar.
“Mama dengar dari mana ni? Boleh dipercayai ke sumber mama
tu?” aku berseloroh. Pasti nenek yang memberitahu mama.
“Mestilah boleh dipercayai. Sudah disahkan lagi.” Ucap mama
sambil membelai-belai rambut hitamku. Aku hanya tersenyum malu-malu. Aku sudah
berubah? Entah, aku sendiri tidak sedar dengan perubahanku. Mungkin orang
sekeliling yang memerhatikan aku perasan dengan perubahan aku. Ini semua berkat
Akasya yang sering memberi nasihat kepadaku. Dia sememangnya baik. Bertuah aku
dapat berkenalan dengan dia. Kadang-kadang aku aneh kenapa dia tidak bercakap
dengan orang lain selain aku. Katanya, dia seorang yang pemalu. Dia bercakap
denganku kerana aku seiras dengan adiknya. Mungkin aku mengingatkan dia kepada
adiknya, tapi bagiku, dia sungguh sempurna dan istimewa. Dia telah mengubah
aku. Kalau tidak bertemu walaupun sehari, pasti terbit rasa rindu di dada.
Adakah aku telah jatuh cinta? Mungkin….
************************************
“Sara, bulan depan Sara boleh balik semula ke KL. Nampaknya,
anak papa ni benar-benar da berubah. Jadi, papa akan datang balik bulan depan
untuk menjemput kamu.” Kata papa sebelum berangkat pulang ke KL. ‘What? Balik
KL? No way! Kalau begitu, aku mesti berpisah dengan Akasya. Tak, tak mungkin
aku sanggup untuk berpisah dengannya. Dia lah satu-satunya lelaki yang berjaya
membuat aku jatuh cinta. Tambahan pula, dia yang mengubah aku menjadi seperti
sekarang. Kalau aku berpisah dengan dia, apa yang akan terjadi nanti? Aku harus
mencari jalan untuk tetap tinggal di sini.’ Aku bermonolog dalam hati.
**********************************
“Sara, sudi tak… awak….. menjadi kekasih saya?” soal Akaysa
dengan suara yang tersangkut-sangkut. Aku tercengang. Kalau ikutkan hati aku
sudi untuk menerima dia, tapi, kalau aku terima, aku akan mengecewakan dia
kerana aku akan kembali ke KL. Apa yang harus aku jawab ni?
“Akasya. Saya nak awak tau yang awak adalah satu-satunya
lelaki yang saya suka. Tapi maaf, saya tak boleh terima awak. Saya nak tumpukan
perhatian pada PMR. Maaf sekali lagi. Tapi saya harap, jawapan saya ni, takkan
membuatkan kita menjadi renggang.”
Jawabku sambil menundukkan kepala ke bawah memandang rumput yang hijau dan segar. Suasana di pinggir sungai itu amat indah dan cantik. Bunyi burung berkicauan pula meriuhkan suasana sunyi. Tidak ada sebarang suara pun yang keluar dari mulut akasya. Tak sanggup pula aku menatap wajah kekecewaan Akasya.
Jawabku sambil menundukkan kepala ke bawah memandang rumput yang hijau dan segar. Suasana di pinggir sungai itu amat indah dan cantik. Bunyi burung berkicauan pula meriuhkan suasana sunyi. Tidak ada sebarang suara pun yang keluar dari mulut akasya. Tak sanggup pula aku menatap wajah kekecewaan Akasya.
“Baiklah. Saya faham. Tapi, saya juga nak awak tahu yang
saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Saya tetap akan tunggu awak.” Jawapan
Akasya mebuatkan debaran di hatiku kembali tenang. Dia sanggup menunggu aku.
Wah. Aku bagaikan berada dalam filem romantik pula. Ternyata, kami mempunyai
perasaan yang sama, tetapi tiada sebarang ikatan kecuali persahabatan.
*****************************************
Sudah seminggu aku tidak melihat
kelibat Akasya di sekolah mahupun di tempat kami selalu melepak. Kali terakhir
kami bertemu semasa aku menolak cintanya. Rasa rindu, risau, bimbang berkecamuk
dalam hatiku. Ke mana Akasya? Ke mana aku harus mencari dia? Rumah dia? Aku tak
pernah tahu dia tinggal di mana. Runsing kepala aku memikirkannya. Dia
sakitkah? Merajukkah? Dia kata dia faham tapi kehilangan dia ni pula yang
membuatkan aku tidak faham. Ya, pasti classmate aku tau di mana dia tinggal.
“Alissa, boleh saya tanya sesuatu?” soalku lembut.
“Kau nak tanya apa?” jawabnya dengan nada suara yang agak
tinggi.
“Kamu tahu tak Akasya tinggal kat mana?” soalku lagi.
Soalanku tidak dijawab. Yang ada hanya hilai tawa dari mereka. Aku bingung.
“Oh. Jadi Akasya lah.” Jawab alissa. Kawan-kawan yang lain
hanya bergelak ketawa. Aku tak pasti kenapa mereka berkelakuan seperti itu.
Jawapan yang diberi Alissa pula hanya menambah persoalan di fikiranku. Apa
maksud dia?
“Hei perempuan gila! Patutlah kau pindah ke sini. Sebab ada
masalah mental rupanya. Dah la bercakap sorang-sorang, sekarang ‘kawan’ kau tu
dah ada nama pulak? Siap nak tanya aku lagi kat mana rumah ‘kawan’ kau tu. Mana
lah aku tahu, tanya la diri kau tu.” Jawab Alissa dengan nada menyindir.
Perempuan gila? Cakap sorang-sorang? Apa ni? Aku makin tak mengerti situasi
sekarang.
“Yelah Lissa. Kesian dia. Agaknya ‘kawan’ dia pun dah sedar
yang dia berkawan dengan orang gila kot!”kata Shima menyokong Alissa.
Kedengaran lagi gelak tawa yang kuat dari mereka. Aku terpinga-pinga sendirian.
Tiba-tiba, ada satu suara yang membelaku.
“Sudah la tu Alissa, Shima! Tak baik kau buat Sara macam ni.
Macam lah korang tu bagus sangat.” Herdik Fitri kepada mereka lantas menarik
tanganku keluar dari kelas. Aku yang masih kebingungan hanya mengekori langkah
Fitri. Sampai di anak tangga. Dia berhenti. Mungkin di situ tempat yang
selamat. Kurang pelajar yang menggunakan tangga itu.
“Sara, saya dengar tadi, awak cakap pasal Akasya.” Soal
Fitri.
“Ya. Akasya bin Adli. Awak kenal dia kan?” soalku kembali.
“Mana awak kenal Akasya?” dia bertanya sambil mengerutkan
dahi.
“Di sekolah ni lah. Dia kan classmate kita.”jawabku tanpa
ragu.
Dia terdiam seketika. Aku memandangnya dengan harapan ada sesuatu yang akan dijelaskan oleh Fitri.
Dia terdiam seketika. Aku memandangnya dengan harapan ada sesuatu yang akan dijelaskan oleh Fitri.
“Sara, saya jujur dengan awak ni. Saya harap awak tak
terkejut dengar jawapan saya ni.” Ucap Fitri. Kata-katanya itu membuatkan
hatiku berdebar-debar. Apa sebenarnya yang dia maksudkan?
“Sara, sebenarnya, Akasya ….Akasya….” suara Fitri
tersangkut-sangkut bagaikan ada sesuatu di kerongkongnya.
“Akasya apa?” soalku yang tidak sabar.
“Akasya dah meninggal. Dia meninggal dua tahun lepas. Minggu
lepas genap dua tahun dia pergi. Dia dan adiknya kemalangan semasa ingin pergi
ke sekolah.” Lancer saja cerita ini keluar dari mulut Fitri. Jawapan yang
diberikan benar-benar mengejutkanku. Jika dia dah meninggal, siapa akasya yang
sering berbual dan menasihati aku? Siapa Akasya yang membuat aku jatuh cinta?
Siapa? Aku terduduk di anak tangga. Lemah longlai semua sendi-sendiku. Aku tak
percaya. Tak mungkin Akasya tiada. Tak mungkin!
“Awak tipu. Tipu! Akasya wujud. Dia belum meninggal! Dia ada
dengan saya. Dia bercakap dengan saya! Dia menasihati saya! Dia mengajar saya!
Tak mungkin dia dah pergi!” jeritku. Aku tak dapat menerima kenyataan ini.
“Akasya dah pergi Sara. Dia dah tak ada. Dia sepupu saya.
Saya tahu dia tiada. Saya tak pasti macam mana awak boleh kenal dia, tapi
terima lah hakikat ini, Akasya bin Adli hanya bayangan awak! Dia tak wujud di dunia
nyata!” kata-kata Fitri bagaikan menyedarkanku dari mimpi. Jadi, inilah punca
kawan-kawan menjauhiku. Mereka menganggap aku gila. Dalam fikiranku tergambar
saat-saat aku bersama Akasya. Fitri hanya terdiam memerhatikanku. Mungkin dia
bersimpati dengan nasibku. Mengenali seseorang yang tidak wujud lagi.
*******************************************
“Sara, aku nak minta maaf cakap macam-macam pada kau. Aku
tahu aku salah.” Ucap Alissa yang menyesali perbuatannya.
“Aku juga Sara.” Shima pula bersuara. Aku hanya tersenyum.
“Tak mengapa. Aku tak kisah. Terima kasih kerana sudi
berkawan dengan aku. Nanti, jangan lupa hubungi aku ya. Kalau korang nak ke KL,
jangan lupa beritahu aku. Dapat kita berjumpa lagi.” Ucapku mesra. Rakan-rakan
sekelasku mengucapkan kata-kata perpisahan. Esok papa dan mama akan datang
menjemputku. Aku akan pulang ke KL memandangkan tiada yang istimewa lagi di
sini.
“Sara tunggu.” Laung Fitri saat melihatku melangkah pergi.
Aku berpaling sebelum menuruni anak tangga.
“Ada apa?” soalku.
“Ini, saya harap, ini dapat membantu mengubati rindu
awak.”ucap Fitri sambil menghulurkan sekeping foto. Akaysa. Ya, foto dia.
Memang benar Akasya ini yang aku jumpa suatu ketika dahulu.
“Terima kasih ya Fitri.” Ucapku ringkas dan memberikan
senyuman kepadanya.
“Jaga diri ya Sara.” Ucap Fitri.
“Baiklah. Kamu juga.” Ucapku lantas menuruni tangga.
************************************************
Dua tahun telah berlalu. Tahun ini,
aku akan menduduki peperiksaan SPM. Pastinya aku akan berusaha
bersungguh-sungguh. Aku tak mahu mengecewakan papa dan mama. Gambar Akasya
masih lagi berada di sisiku. Kenangan antara aku dan dia juga masih lagi segar
di ingatan. Bagai baru semalam aku berkenalan dengannya. Dialah sumber
inspirasiku, biarpun aku hanya mengenalinya seketika saja, namun dia membuat
perubahan besar dalam diriku. Aku hanya membenarkan Sabrina melihat foto Akasya
kerana hanya dia yang tahu tentang lelaki ini.
Hari ni hari Selasa. Pembelajaran
dimulakan dengan mata pelajaran kegemaranku iaitu fizik. Cikgu Nisa lewat
sedikit hari ini. Selalunya, dia sangat menepati masa. Tapi entah kenapa dia
lewat hari ni. Aku, Sabrina, Natasha dan Julia berborak-borak kosong sebelum
Cikgu Nisa masuk.
“Semua bangun! Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu.” Arah
Fadli, ketua kelas kami.
“Wa’alaikumussalam. Baik, duduk. Hari ni ada seorang pelajar
yang baru berpindah ke sini. Akasya, mari masuk dan perkenalkan diri kamu.”
Pelawa Cikgu Nisa. Kata-kata cikgu nisa membuatkan hati aku berdebar-debar.
Mataku tertumpu kepada seorang pelajar lelaki yang melangkah masuk ke dalam
kelas. Rupa parasnya, tubuh badannya dan suaranya meyakinkanku bahawa
sememangnya pernah kutemui manusia ini.
“Nama saya Muhammad Daniel Akasya bin Firdaus. Panggil saya
Akasya.” Kata pelajar tersebut lalu memberikan senyuman manis. Senyuman itu
yang sangat kurindui. ‘Akasya!’ detik hatiku. Aku dan Sabrina saling
berpandangan. Tiada kata yang boleh diungkapkan. Adakah dia Akasyaku?